Monday, June 22, 2009

Kemaafan.......

Tanggal 01 Ramadan 1429 (01 September 2008) aku telah berjumpa dengan seorang hamba Allah yang bernama "F" untuk kali kedua.. pertemuan kami diatur di Ampang... aku dalam perjalanan balik ke tempat ku setelah baru sahaja menghabiskan percutian di Sabah... pelbagai konflik telah ku alami sebelum kami bersetuju untuk berjumpa, dan dia, dia telah nekad untuk mengikut pulang ke kemaman... hari tu adalah hari pertama kita semua berpuasa tuk tahun hijrah 1429... dan kali itu lah juga, aku melihat nekadnya, aku merasai kasih sayang yang tidak berbelah bagi padaku... alangkah beruntungnya aku dikasihi olehnya... Syukur, disayangi oleh seseorang yang begitu ikhlas perasaannya pada ku... begitulah sepatutnya ape yg aku rasa.... tapi aku....? aku keliru... serba salah... hati ku berbelah bahagi....

Petang itu, temanku, "F" mengikut aku balik ke tempat ku... arghh leganya aku.. aku tidak perlu memandu selama 3 jam keseorangan.. aku ade teman!! terima kasih teman.. perjalanan selama tiga jam itu, kami lalui dengan perasaan yang bercampur baur... gembira bercampur dengan perasaan gusar, bimbang, ragu-ragu... dia meragui ku, perasaanku, perbuatanku... aku pula, ragu-ragu dengan keputusan aku, perancangan ku, perbuatan ku..... selama 3 jam tu, kami tidak banyak berborak... sekali sekala ade hilai tawa.. diselangi dengan keadaan keadaan sepi... kadang-kadang kami berborak tentang kami.. dia bertanyakan tentang perasaan aku padanya.... benak otak ku kusut, serabut, dek tidak mengetahui apakah perasaan sebenarku.. aku tak mampu untuk memberikan jawapan.... aku hanya lebih banyak berdalih.... maafkan aku teman.... aku tidak ada niat untuk meletakkan dirimu dalam kerumitan ini... maafkan aku...

kami selamat sampai di tempat ku dalam jam 6.30 petang... kami singgah di bazar ramadhan untuk membeli juadah berbuka puasa... tiada lauk kegemaranku untuk hari pertamaku berbuka.. tak mengapalah... kami sudah tiba lewat.. tiada banyak pilihan... dia mengikut sahaja aku.. menuruti perintahku.. aku sedar kebaikan dia, ketaatan dia... terdetik di dalam hati ku, dia terlalu baik...

Kami menunggu laungan azan maghrib, tanda untuk berbuka puasa... kami mengisi perut dengan seadanya.... alhamdulillah... aku lalui ujian hari pertamaku dengan penuh sabar.... namun, teka teki masih bermain di fikiran ku.. memikirkan keputusan yang perlu aku buat... aku buntu... aku ragui perasaan ku padanya.. namun tidak pernah terbit rasa sangsi tentang perasaannya padaku.... teman... perasaan mu sungguh mulia... aku sangsi aku tidak mampu membahagiakan dirinya. aku masih ragu dengan kesediaan ku untuk mengikat sebuah komitmen yang sememangnya ku kira sebuah tanggung jawab besar... aku sangsi...

Keesokan harinya, adalah hari bekerja ku.. dia taat menunggu ku... rela ditinggalkan sementara selama 8 jam keseorangan di kamar... hati aku dipenuhi dengan rasa bersalah... di pejabat, aku tak mampu untuk memberi tumpuan pada tugasku..ku sibukkan diri dengan menghadiahkan cenderahati yang ku beli kepada rakan-rakan sepejabat... aku puas... kerana ku penuhi permintaan kecil mereka.... aku syukur.... aku hargai mereka...

Tiba jam 4.30 petang, aku tidak menunggu lama untuk pulang, untuk bertemu dengannya... aku meminta maaf seikhlasnya, kerana terpaksa membuat dia menunggu lama... dia tersenyum.. ujarnya, tidak mengapa.. dia tidak kisah... aku nampak keikhlasan di matanya.. timbul rasa betapa tidak layaknya aku berdampingan dengan nya dek kekurangan, kelemahan aku... perasaanku tidak sekuat dia... aku ragu....

Aku mengajaknya tuk sama membeli juadah di bazar ramadhan... ku lihat, lokasi bazar kegemaran aku telah ditukar... dek kerana sambutan hari kemerdekaan yang dibuat di tapak asal bazar pilihan ku... kami membeli banyak juadah, ku kira sebagai ganti hari sebelumnya.. sekali lagi, tuk hari kedua, aku berjaya menunaikan ibadah dan rukun islam ketiga ku.. Alhamdulillah.. malamnya, kami duduk berbincang, dari hati ke hati, dia menunggu jawapanku, dengan penuh harapan, harapan nya adalah untuk bersamaku, berkasih denganku, menyemai cinta bersamaku.. namun, aku telah melukai hatinya.. aku berterus terang, aku tidak bersedia untuk memegang komitmen tatkala hati ku berbelah bahagi dengan apa yang bakal ku lalui di masa depan... ujarku lagi, jarak akan jadi batu penghalang dalam hubungan kami.. dia menepis alasanku, dia sanggup berjauhan, kerana sayang.. dia berjanji setia menjaga dirinya, hatinya, matanya untuk aku.. dia nekad mahu menjadi milikku, dan memiliku hatiku.. namun aku tetap dengan keputusan ku, aku menolak cintanya, berpesan kepadanya, agar melupakan ku, memaafkan ku dengan ikhlasnya... berat mulut ku tuk meluahkan kata-kata perpisahan.. hati ku sayang, hati ku menyukai mu.. namun, aku tidak bersedia.... aku tidak mahu melukai hati mu, berkasih denganmu dengan perasaan ragu-ragu... aku tidak mahu membohongi dirimu dengan bercinta dalam keadaan sangsi.... dirimu layak untuk menerima orang yang jauh lebih baik dariku... ku hargai segala pengorbanan mu padaku.. tidak mungkin ku lupakan sepanjang umur ku... maafkan aku teman... ampunilah aku teman...

3 ramadhan 1429, di pagi hari, aku menghantar dia ke stesen bas berdekatan dengan rumahku.. aku rasa bersalah.. dia sepatutnya pulang pada malam sebelumnya, namun dibatalkannya untuk menemaniku, untuk memberi peluang kepada hubungan kami... namun, dia akhirnya bersedih, kecewa dengan pendirianku, keputusan ku yang masih sama... aku memberi pesanan terakhir agar dia menjaga dirinya sebaiknya, dan memaafkan aku atas salah dan silapku.. aku bersungguh menyatakan bahawa apa yang terjadi, adalah di luar kehendak ku.. aku meyakinkan nya aku tidak berniat untuk melukai hati kudusnya itu.. aku tetap bersalah.. aku tetap kecewa dengan diriku.... sebelum dia menaiki bas, aku hadiahkan cenderamata kecil, sebagai pemberian terakhirku, untuk dijadikan kenang-kenangannya... teman.. maafkan aku...

Masa berlalu.. dia dalam perjalanan pulang ke tempatnya.. aku menghantar SMS berpesan supaya kirimkan khabar jika tiba di tempatnya kelak, dan juga bersama SMS kemaafan yang ku pinta... namun, sejak itulah, dia tidak pernah mengirimkan khabar, tidak pernah menjawab telefon dari ku, tidak pernah membalas setiap dari SMS dan msg ku di YM... sejak itu lah juga, aku telah kehilangan seseorang yang aku tidak hargai, seseorang yang ku fikir susah tuk ku temui senekadnya, setaatnya, sebaiknya, sesetianya.... itulah kali pertama aku merasakan diriku terlalu teruk kerana menghancurkan hati mulia seorang insan...

Minggu berlalu, bulan berlalu, sehinggalah tahun 2009 menjenguk, namun, tiada khabar darinya.. aku dapat rasakan betapa kekecewaan, kepedihan, keperitan yang dia alami selepas perpisahan kami... dia nekad melupakan aku.. aku hanya mampu berdoa, agar dia dianugerahkan seseorang yang selayak dengannya.. dan hidup bahagia dengan temannya..

Aku melalui kehidupan aku seperti sebelumnya, bersendirian, kesunyian tanpa cinta, menikmati kebahagiaan sementara, yang sememangnya palsu, menjadi dermaga persinggahan buat insan yang awalnya, menaburkan kata-kata manis, janji-janji palsu, dan akhirnya meluahkan kata-kata perpisahan dengan alasan yang sama dengan alasanku pada temanku "F"....... inilah hukum karma... aku percaya dengan karma.. kerana aku mengalaminya, merasainya, melaluinya...

Namun, pada tanggal 24 Jamadilakhir 1430 (18 Jun 2009), aku mengirimkan mesej YM bertanyakan khabar kepada "F"... Alangkah gembiranya aku apabila dia membalasku, dengan "Alhamdulillah.. Sehat..." 2 perkataan tu sudah cukup membahagiakan aku... aku gembira.. dia telah menerimaku, memaafkan ku.. Kini, aku dan dia, telah menjadi kawan.. walaupun berjauhan, tapi dengan kecanggihan teknologi, kami masih mampu berhubung, bertanyakan khabar, berkongsi cerita, pendapat.... aku merasa lega.. akan ku ingat pengalaman hidupku ini selagi aku masih bernyawa.... Terima kasih teman... aku menghargai segalanya...

Cinta

Yang Dicintai... Yang Menyintai....
Yang Menyukai dan Disukai...

Cinta datang tanpa kita sedar... cinta pergi tanpa kita minta... Tatkala kita sunyi, pasti kita kan terfikir, kenapa kita keseorangan, sepi tanpa cinta, tanpa seseorang yg istimewa... Terdetik di hati kita perasaan cemburu, bila terlihat pasangan bahagia berpegang tangan, bermesra... Kemudian terlintas di fikiran, nasib yang tertulis pada kita... Itulah perasaan aku.... seorang insan, yang punyai kerjaya yang aku kira, sederhana, punyai rupa, yang juga sederhana, punyai aset yang tidak seberapa, tetapi jauh di benak hati aku, aku sedar hati aku masih kekurangan, kekurangan kasih sayang, cinta yang ditagih, sudah lama aku tidak merasakannya... aku hampir terlupa, bagaimanakah perasaan seorang yang bercinta, dicinta... Suatu perasaan yang ku fikir, sudah lama tidak singgah di hati ku...

Biarlah... itu sudah jadi ketentuan hidup aku... Yang aku suka, sudah dipunyai orang.. Yang menyukai aku, hati ku tidak padanya... Yang aku suka, menyukai orang lain.. orang lain itu pula, menyukai aku... kenapa perlu situasi ni berlaku pada aku..? Aku penat.. aku tersepit... apa la dayaku buat selain menerima keadaan ni dengan penuh redha... sesungguhnya pertemuan, perpisahan tu itu, ada hikmahnya..

Cinta pernah membuat aku, bahagia, terlalu bahagia.. cinta juga mendewasakan aku, mematangkan aku.. cinta pernah membuat aku menangis, merana, terseksa... namun cinta juga, mengajar aku tentang erti pengorbanan... ini lah asam garam kehidupan seorang manusia..

Mengapa perlu ade pertemuan, jika pengakhirannya adalah kekecewaan, kesedihan... mengapa perlu ade pertemuan, jika di tengah-tengahnya, terdapat tembok besar yang menjadi penghalang... aku hanya mampu berserah, pasrah, redha dengan segala yang tersurat pada ku... aku penat... penat tuk memikirkan tentang hubungan.. penat tuk memulakan sesebuah perhubungan.... adakah aku ditakdirkan untuk keseorangan...? adakah cinta itu tidak lagi wujud dalam hidupku, setelah aku merasai segala kesusahan, kepayahan, keperitan sesebuah perpisahan..?? Sesungguhnya aku tidak mampu memberi jawapan tuk semua persoalan itu.....

Arghhh... kenapa perlu aku fikir tentang nya..??

i'm new....

Aloha...

i'm new... never thought to have my own blog.. wut makes me to do so..? dun noe... emptiness... or... sadness... or.... no idea... it juz came out...! hehe

im here juz to share... to write... to express my feelings, my experience, my story.. bout my life... your life, people's life.....

Rgds
Mr.Empty