Saturday, July 11, 2009

Terima Seadanya

Perkenalan dengan niat ikhlas, untuk bersahabat, biarlah bertunjangkan hati... hati yang bersih, peribadi yang molek, budi pekerti yang baik, itulah kualiti yang perlu ada dalam kita mencari sahabat... Inilah apa yang aku belajar semalam dari pengalaman ku... Hargailah segala perkara yang baik di sekeliling kita... InsyaAllah kita akan dihargai jua... Yang penting niat kerana Allah....

Tuesday, July 7, 2009

Ayoyoyo

Aduss....
Kat area umah aku, da 5 kes pecahhh rumahhh.. adusss.. risauuu lak aku jadinyer... lagi2 la malam... aku jadi cam takuttt lak.. ye ar.. aku duk sorang je kat umah.. umah lak, pagar tinggi (pagar zink burukkkk jer... umah lamer2... zaman dulu2...) dah ar umah tu tinggi.. so kadang2 kalo balik malam, takut gak ler kot2 ader si pencuri kt bawah umah tu... adusss... umah aku tu, old wooden house, so, maner la ade grill ke ape ker... selak cam tuuu jer... hmmmm... time malam jer, aku jadi risauu semacam jer.. aduss... tiap2 malam, bertawakal jer la.. kadang2 aku ajak gk member datang teman tido umah aku.. takuttt dowhhh..... hmmm... naperr la pencuri ni perlu wujud.. kan?? ehekkzzz... soalan yg xpatut dtanya. kan? hakhakhakhak... ok lah.. aku nk stat wat keje.. hakhakhakhak.. kat ofce nie... kul8.30.. sempat lagi aku tulih blog..! wakakakakaka... ala... 5 minit jer.. wokess... see ya..!

Saturday, July 4, 2009

nobody wants to be lonely...

ARGHH.... lama sungguh fikirku tidak menulis di laman blog aku ni... Oushh.. aku sibuk... sibuk memikirkan hal-hal dunia yang sebenarnya tidak berpenghujung, resah memikirkan masalah-masalah duniawi dan ukhrawi yang kekadangnya membuatkan aku lemah dan tidak berdaya untuk aku tanggungnya keseorangan....Ya.... KESEORANGAN..... aku sedar, dalam hati aku, diri aku, aku sebenarnya keseorangan, kesepian.... itu lah kehidupan aku dan selama 2 tahun setengah ini juga lah, terkapai-kapai mencari nikmat hidup yang hakiki... namun apa yang aku dapat, banyaknya, palsu... nikmat palsu yang aku rasakan begitu membazir bagi diriku, untuk menikmati nikmat sebegitu...



Perubahan besar dalam diari hidupku bermula sejak 10 Zulhijjah 1427, Sabtu, bersamaan 30hb Disember 2006, dan ianya, adalah tarikh keramat bagi hidup ku... Pagi subuhnya, sayup ku dengar suara takbir hari raya yang bergema... Aku terduduk seketika di atas sejadah sesudah selesai menunaikan kewajipan Solat Subuh... Takbir bersahut-sahutan terus ku dengari di telinga ku.. Indahnya dan syahdunya takbir itu... ku panjatkan doa, agar hidup baru ku yang bakal bermula hari ini, sebagai titik tolak untuk aku membina satu kehidupan yang lebih berkat dan diredhai olehNya... setelah seketika, aku bersiap untuk ke surau yang berdekatan dengan rumah kakak sulung ku di rawang.. pagi tu, gerimis pagi membasahi bumi membuatkan suasana amat nyaman dan tenang... pun begitu, lain benar benak hati, otakku yang dipenuhi dengan perasaan resah... setelah selesai, aku pulang dan menikmati juadah pagi yang disiapkan oleh kakak ku... tidak menunggu lama, aku berkemas, untuk pulang dan menetap di kampung halaman ku..


Hari itu, aku telah berpindah ke Kemaman, dari Kuala Lumpur... perjalanan aku menggunakan kereta kancil di petang itu, begitu sayu... masih aku ingat, aku memandu 3 jam perjalanan tanpa henti, meluncur sederhana di lebuhraya pantai timur, dengan perasaan yang begitu berbelah bahagi.. lubuk hati ku penuh dengan persoalan, penuh dengan rasa ragu-ragu.. namun di sebalik semua keresahan, kesedihan, kesayuan yang aku rasa sepanjang perjalanan dalam cuaca mendung itu, aku kuatkan hati, kuatkan semangat, sambil bertawakal pada Allah SWT yang Maha Esa, berdoa supaya pilihan aku kali ni, adalah tepat, nawaitu ku, ikhlas kerana menuju jalan Nya..... aku berbisik pada diriku, bahawa Allah akan sentiasa menunjukkan jalan yang benar, kepada sesiapa yang ingin menuju ke arah nya... Sayu.... pilu... sedih.... takut memikirkan kehidupan baru yang aku pilih.. bersediakah aku? sanggupkah aku? kuatkah aku? bahagiakah aku? itulah soalan-soalan cepucemas yang membuatkan aku resah.... aku begitu takut memikirkannya... sehingga berderai titisan air mata jernih di pipi ku..... AKU RELA DALAM TERPAKSA.... Arghhhh...



Lebih kurang jam 2 petang, aku tiba di kampung ku.. tempat di mana aku, ibuku, adik beradik aku dilahirkan... aku kaget.. ku lihat emak saudara ku dan keluarganya berada di rumah peninggalan arwah atuk nenek ku.. namun, setelah mematikan enjin kereta, aku masuk ke laman, dan hanya melabuhkan punggungku di atas anak tangga rumah... sayu dan pilu nya hati ku, hanya Allah yang tahu... bergenang air mata di kelopak mataku, melihat rumah yang tidak berpenghuni selama hampir 4 tahun itu... keadaanya sunyi..... pagar-pagar zink yang lebih tinggi dari ku, membuatkan aku terasa terasing... rumput dan tumbuhan liar serta parasit begitu subuk membiak di laman rumah.... sebak.. kerana memikirkan rumah ini ditinggalkan oleh bapa-bapa saudaraku yang alpa tentang tanggungjawab menjaga rumah orang tuanya... sejenak ku terkenang zaman kanak-kanak ku, menghabiskan cuti sekolah ku di sini, amat membahagiakan.. jika dulu rumah itu sentiasa meriah dengan riuh rendah hilai tawa si penghuni-penghuninya, namun sekarang.... sekarang tidak lagi... 360 darjah perbezaannya antara dahulu dan sekarang... segalanya berubah setelah kematian atuk dan nenek ku.... Arghhhh... itu kenangan lama... kenangan itu tidak akan menjengah lagi, bisik hatiku lagi.... aku tidak lagi masuk ke dalam rumah, biarpun makcik ku sudah memanggil ku... aku biarkan saja.. aku masih lagi dalam perasaan yang bercampur baur... sedar tak sedar, sudah 2 jam aku duduk termenung, berfikir keseorangan... Selepas Asar, makcik aku dan keluarganya, pulang ke rumah mereka.... Bermulah satu kehidupan baru buat hidupku... kini aku keseorangan...! keseorangan di rumah banglo kayu usang, yang usianya lebih dari 100 tahun, dengan 7 bilik, dan 4 bahagian utama rumah, ku kira terlalu besar untuk aku tinggal seorang di dalam nya... aku takut.. aku takut dengan keadaan rumah, takut dengan apa yang menanti di depanku, takut memikirkan kerjaya baru ku yang bakal bermula hari lusa... Malamnya aku menangis sepuas-puasnya.... Ya Allah... Aku hambaMu yang amat lemah.... berilah aku kekuatan.. kekuatan untuk mengharungi dugaan mu wahai Pencipta ku...Ku mohon agar pilihan yang aku ambil ini, adalah yang terbaik untuk ku, untuk ibuku, untuk imanku, untuk agamaku.... itu lah doa aku padaNya..... aku cuba ikhlaskan diri agar rasa keterpaksaan itu hilang dari benak hatiku...


Keesokkan harinya aku hanya menghabiskan masa dengan mengemas rumah, membiasakan diri dengan keadaan rumah, aku keluar ke pekan untuk mencari beberapa perkara asas.... selebihnya, aku banyak berfikir... termenung mengenangkan nasib ku... aku merasa begitu sunyi... aku tiada kawan di sini.... segala-galanya aku perlu mulakan dari A.. bolehkah aku hadapinya...? hendak atau tidak, aku tetap kena harunginya kerna inilah pilihan ku... banyak barang rumah ditutupi dengan kain, tanda lama sudah ianya tidak digunakan... ouhh... ya tuhan.. aku banyak beristighfar... inilah dugaan dunia...


Isnin, 02 Januari 2007, adalah hari pertama ku di tempat kerja baru ku.. aku sampai awal di sana... dengan perasaan yang masih bercampur baur, gusar, gundah gulana memikirkan bagaimanakah suasana kerja di sini... namun, hari pertama ku berlangsung dengan baik... kebetulan, pejabat kami sedang dalam proses berpindah ke tempat baru.. aku hanya mampu menolong apa yang termampu... aku berkenalan dengan bos dan rakan sepejabat... Alhamdulillah.. mereka semua baik.. menerima kehadiran aku seadanya dan tidak dianggap sebagai pengancam mereka... Syukur padaNya.. Dalam bulan pertama, aku dikhabarkan dengan berita aku diterima masuk di 2 syarikat perkapalan gergasi negara... kedua-duanya berpangkalan di Kuala Lumpur... Setelah difikirkan sebaik-baiknya, dengan mengambil kira kebajikan ibuku, keluarga ku, keinginan ku untuk berubah, aku menolak tawaran itu.. begitu juga dengan tawaran untuk peperiksaan pegawai tadbir diplomatik, ku tolak dengan redha sambil mengharapkan pilihan aku, untuk menabur budi di tanah kelahiran ku, adalah yang terbaik untuk ku, iman ku, keluarga ku..


Hari demi hari, minggu silih berganti, bulan baru menjengah laju, aku lalui hidup yang penuh liku ini dengan tabah... kekadang aku kuat, ada tikanya juga aku lemah.. tentang kerjaya, Alhamdulillah, aku cinta dan sayang dengan apa yang aku buat sekarang... cuma, kehidupan selepas waktu kerja ku, serta masa hujung minggu ku, aku rasakan kosong... KOSONG... itulah perkataan yang paling sesuai untuk aku rungkaikan apa yang aku rasakan.. setelah 2 tahun setengah, aku tinggal keseorangan... sesekali rumahku ditumpangi rakan-rakan, dan kekadang ibuku menemani ku di sini.. namun, aku begitu kasihankan ibuku.. rumah itu, kurang selamat... juga kurang selesa.. mungkin kerana keadaaan nya yang usang, serta besar, membuatkan ibuku tidak tenang di sana.. aku memahaminya.. tatkala aku terpaksa bekerja sehingga lewat malam, ataupun aku keluar bermain badminton, ataupun keluar minum dengan rakan-rakan, aku faham perasaannya yang tidak selesa, serta takut keseorangan di rumah sedemikian rupa... Aku berjanji akan membawanya tuk tinggal bersama ku di rumah kepunyaan ku kelak.. itu janjiku padamu, IBU... Perjalanan hidup, ku duga, tidak sama dengan anak-anak muda yang lain.. Perjalanan hidupku dari kecil, sememangnya berbeda... ku kira bukan lah aku yang paling teruk, namun, aku merasai keperitannya.. dan masih lagi terasa... biarlah ku pendam sejarah masa kecil ku... sesekali aku mengeluh, mengadu, seolah-olah menyalahkan takdir yang tersurat untuk ku.. namun, aku banyakkan beristighfar.. kerana aku percaya, setiap apa yang terjadi, ada hikmahNya.. sekurang-kurangnya, segalanya buatkan aku lebih kuat....